Latar Belakang Syarikat

ppj-about-pic.jpg PPJ Home Builders Sdn. Bhd. (PPJHB) adalah sebuah syarikat perniagaan yang dikembangkan daripada unit asal iaitu Syarikat Perniagaan Pakatbina Jaya  (PPJ). Syarikat Perniagaan Pakatbina Jaya (PPJ) merupakan syarikat perkongsian yang diasaskan oleh Encik Muhammad Amir Bakhtiar Bin Yusoff dan Haji Sidi Omar Bin Mat Jusoh pada tahun 2002.Pada tahun 2002 sehingga 2007,syarikat kami telah membina sebanyak 50 unit banglo, teres dan rumah kedai.

Selaras dengan peningkatan dan perkembangan aktiviti perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah dan pemajuan perumahan,kami mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad iaitu PPJ Home Builders Sdn. Bhd. (PPJHB) pada tahun 2007. Syarikat PPJHB merupakan syarikat  pemaju perumahan berlesen yang berdaftar dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Cawangan Negeri Kelantan (REHDA Kelantan).

Syarikat PPJHB turut menubuhkan beberapa syarikat kumpulan bagi mendokong dan melaksanakan aktiviti sokongan perniagaan kami  iaitu syarikat Izmie Construction yang ditubuhkan pada tahun 2006. Ianya syarikat yang berdaftar dengan CIDB dalam kelas G2. Selain itu, syarikat kami juga menubuhkan PPJ Construction Sdn. Bhd. pada tahun 2007 khusus untuk pembinaan. Ianya syarikat yang berdaftar dengan CIDB dalam kelas G3. Kemudian, syarikat kami juga menubuhkan syarikat Haji Ali & PPJ Home JV Sdn. Bhd. pada tahun 2008 yang merupakan syarikat pemaju perumahan yang membina Taman Haji Ali Machang. Syarikat ini juga berkongsi dengan Syarikat Haji Ali Home Sdn. Bhd. & PPJHB khusus untuk memajukan Taman Haji Ali Machang. Seterusnya  pada tahun 2009, kami menubuhkan PPJ Land Sdn. Bhd. yang khusus untuk pembelian tanah yang akan dimajukan oleh PPJHB bagi tujuan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang. Setelah penubuhan PPJHB & syarikat-syarikat sokongan tersebut, sehingga kini pihak kami telah menyiapkan beberapa buah lagi taman perumahan. Di antaranya ialah:

1) Taman Bukit Idaman, Kok Lanas, Kelantan.
- 11 unit kedai setingkat
- 41 unit teres setingkat

2) Taman PPJ Machang, Machang, Kelantan.
- 6 unit teres setingkat

3) Taman Haji Ali Telong, Kandis, Bachok.
- 8 unit banglo setingkat

4) Taman Haji Ali Machang, Machang, Kelantan.
- 21 unit banglo setingkat

5) Taman PPJ Padang Palas, Ketereh, Kelantan.
- 8 unit banglo setingkat

6) Taman PPJ Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.
- 5 unit banglo setingkat

7) Taman KUB Chendana, Kubang Kerian, Kelantan.
- 6 unit teres 2 tingkat

8) Taman PPJ Belimbing, Tanah Merah, Kelantan.
- 9 unit banglo setingkat

9) Taman PPJ Kemubu, Ketereh, Kelantan.
- 3 unit banglo setingkat

Dalam bidang pembinaan pula, Izmie Constructions & PPJ Construction Sdn. Bhd. telah menyiapkan beberapa projek yang diberikan oleh pihak ketiga. Diantaranya ialah:

1) Beberapa buah rumah banglo di atas lot persendirian.

2) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
- Kerja-kerja pembekalan dan pemasangan lengkap sistem paip minyak diesel dari tapak lokasi storage tank ke diesel terminal pembekalan minyak Perlabuhan Perikanan LKIM Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. (LKIM:(D)S10/2010)

3) Jabatan Kerja Raya (JKR), Tumpat, Kelantan.
- Kerja-kerja baikpulih bumbung di Sekolah Kebangsaan Cabang 4, Tumpat, Kelantan. (19/Jld.19/21/43/2012).

4) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Kuala Krai, Kelantan.
- Menaiktaraf jalan kawasan perindustrian berintegrasi sediada (termasuk Industri Halal) di bawah RMK-10 bagi tahun 2011, Kuala Krai, Kelantan. (JPP/TK/KERJA UB/2A2/2011/93)

5) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Kuala Krai, Kelantan.
- Kerja-kerja pemasangan sheet pile dan kerja-kerja berkaitan di SJK (C) Yuk Chai, Kuala Krai, Kelantan. (JPP/TK/KERJA UB/A2/2014/01)

6) Jabatan Kerja Raya (JKR), Bachok, Kelantan.
- Kerja-kerja menaiktaraf pembentung (culvert) serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Persiaran Kelantan FT 189 (Melawi/Tok Bali), Bachok, Kelantan. (017/1/19 (JP) 09/2014)

Kepakaran kumpulan syarikat kami adalah dalam pelaburan dan pembangunan hartanah , melaksanakan projek perumahan dan komersil, melaksanakan kerja binaan awam bagi syarikat kumpulan serta melaksanakan kerja binaan awam bagi pihak ketiga iaitu kerajaan, swasta atau syarikat lain.

Secara ringkasnya, syarikat-syarikat dalam kumpulan kami adalah seperti berikut:
 
 
Syarikat Objektif Perniagaan
PPJ Land Sdn. Bhd.
(873955-A)
Khusus dalam pelaburan hartanah siap dan tanah kosong bagi tujuan pembangunan jangka panjang dan sederhana.
PPJ Construction Sdn. Bhd.
(875365-A)
Khusus dalam aktiviti kontrak dengan pihak kerajaan dan swasta. Berdaftar dengan CIDB dalam kelas G3
Haji Ali & PPJ Homes JV Sdn. Bhd.
(808771-H)
Syarikat pemaju perumahan bagi projek-projek usahasama di antara dua syarikat iaitu PPJ Home Builders Sdn. Bhd. dan Haji Ali Homes Sdn. Bhd.
Izmie Constructions
(KT0218142-M)
Khusus dalam aktiviti kontrak dengan pihak kerajaan dan swasta. Berdaftar dengan CIDB dalam kelas G2